Dua Maut, Lima Cedera Dalam Kemalangan Di Lebuhraya Persekutuan

12 Oct 2026 • 9:41 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Dua Maut, Lima Cedera Dalam Kemalangan Di Lebuhraya Persekutuan

SHAH ALAM, 12 Okt (Bernama) -- Dua lelaki maut manakala lima lagi termasuk seorang wanita cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM 18.2 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur di sini tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 12.27 tengah malam sebelum anggota digerakkan ke lokasi.

“Terdapat empat mangsa di dalam kereta jenis sedan iaitu dua lelaki masing-masing berusia 20 tahun yang meninggal dunia, manakala dua lagi masing-masing berumur 19 tahun cedera ringan.

“Mangsa dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) pula melibatkan seorang wanita berusia 29 tahun serta dua lelaki berusia 27 dan 28 tahun mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ashrul berkata kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan dan polis untuk tindakan lanjut, manakala operasi melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Bukit Jelutong.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved