Dua kampung ‘diserang’ ribuan lalat

LocalEnvironment
12 Oct 2026 • 8:24 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua kampung ‘diserang’ ribuan lalat

KAMPAR – Kira-kira 470 penduduk di dua buah kampung iaitu Kampung Changkat Tualang dan Kampung Redang Sawa di sini hidup dalam keadaan tidak keruan apabila kediaman serta kedai makan mereka diserang ribuan lalat sejak lebih setahun lalu.

Dipercayai, punca serangan lalat tidak mengira pada waktu siang dan malam itu berpunca kerana penggunaan najis ayam yang tidak diproses oleh beberapa pengusaha tanaman kontan di kawasan seluas kira-kira 40 hektar.

Seorang peniaga kedai makan, Fadilah Abdul Karim, 50, yang telah berniaga lebih sepuluh tahun di Kampung Changkat Tualang berkata, pendapatan perniagaannya merosot sehingga 50 peratus kerana serangga tersebut.

“Dahulu pendapatan sehari kira-kira RM100 tetapi kini menyusut RM50 sahaja kadang-kadang lebih rendah lagi.

“Saya pun galakkan pelanggan bungkus sahaja tetapi orang kampung dah biasa nak bersembang dengan rakan-rakan sebagai peniaga, ikutkan sahaja,” katanya di sini hari ini.

Katanya, walaupun menggunakan pelekat, semburan lalat termasuk serai wangi tidak membuahkan hasil kerana jumlah serangga itu yang terlalu banyak.

Bagi seorang penduduk, Jameah Jabar, 64, dia terpaksa memasang kelambu semasa tidur kerana tidak tahan lagi dengan serangan lalat.

“Bukan sekadar siang tetapi malam pun dikacaunya. Tidak tahan saya sampai perlu pasang kelambu di rumah, jika tidak habis kena hurung.

“Takkan masa makan pun kena pakai kelambu. Nak ajak orang datang ke rumah pun takut selain mengadakan kenduri di rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Changkat Tualang dan Kampung Redang Sawa, Ahmad Kazimi Ibrahim, 26, kira-kira 470 orang penduduk dua kampung tersebut terganggu dengan serangan lalat yang disifatkan luar biasa.

Katanya, serangan serangga tersebut ternyata menjejaskan kehidupan seharian penduduk termasuk remaja dan kanak-kanak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Mohd. Azlan Helmi berkata, ada kemungkinan pengusaha tanaman kontan di sekitar perkampungan tersebut menggunakan tinja ayam yang tidak diproses kerana harganya yang murah.

Jelasnya, pertemuan bersama pengusaha-pengusaha tanaman kontan itu akan diadakan bersama Jabatan Pertanian Perak segara untuk sesi taklimat berhubung cara memproses tinja ayam yang betul selain pembajaan secara efisien untuk mengurangkan pembiakan lalat secara terkawal. – KOSMO! ONLINE

The post Dua kampung ‘diserang’ ribuan lalat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved