Dua nelayan warga Indonesia terselamat, bot terbalik di perairan Pulau Tengah

3 Apr 2025 • 3:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dua nelayan warga Indonesia terselamat selepas bot mereka terbalik dipukul ombak kuat di perairan Pulau Tengah, Pelabuhan Klang, semalam. Foto Maritim Malaysia

SHAH ALAM - Dua nelayan warga Indonesia terselamat selepas bot mereka terbalik dipukul ombak kuat di perairan Pulau Tengah, Pelabuhan Klang, semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata kejadian berlaku sekitar jam 9.19 pagi sebelum mangsa diselamatkan oleh kapal minyak ORKIM SAPPHIRE yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Beliau berkata, operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan pada 9.30 pagi dengan aset laut dan udara digerakkan.

"Namun, setengah jam kemudian, pihaknya menerima maklumat bahawa kapal ORKIM SAPPHIRE telah menemui dan menyelamatkan kedua-dua mangsa.

"Mangsa, Admeral Chaniago, 51, dan Roy Tampa, 25, dipindahkan ke bot PENGAWAL 26 sebelum dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sekitar 5 petang dan kemudian diserahkan kepada Kedutaan Besar Republik Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Muhaimin turut menghargai tindakan pantas kru ORKIM SAPPHIRE yang berjaya menyelamatkan kedua-dua mangsa. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved