Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

21 Aug 2026 • 1:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

image.png

Gara-gara sebuah kereta ubah laluan, nyawa dua penunggang basikal melayang di kilometer 9.0 Jalan Persiaran Selatan, Putrajaya, malam tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed.

Menurutnya, kemalangan itu membabitkan kenderaan yang dipandu lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an serta dua penunggang basikal lelaki masing-masing berusia lingkungan 40-an dan 30-an.

"Siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu telah mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kiri sebelum melanggar kedua-dua penunggang basikal tersebut.

"Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua penunggang basikal disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala," katanya.

Beliau berkata siasatan diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sehubungan itu, orang ramai atau saksi kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Putrajaya  di talian 03-88862138 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved