Dua penunggang basikal maut: Walid sempat usap kepala saya – Anak

21 Aug 2026 • 1:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua penunggang basikal maut: Walid sempat usap kepala saya – Anak

PUTRAJAYA- “Tidak banyak yang kami bual malam tadi, tetapi walid (bapa) sempat usap kepala saya dan saya cakap take care (hati-hati).”

Demikian kata anak sulung Mohd. Hilmi Tahar, 48, iaitu penunggang basikal yang maut selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer (KM) 9, Jalan Persiaran Selatan di sini malam tadi.

Cerita remaja yang mahu dikenali sebagai Dhia, 18, kali terakhir dia bertemu dengan arwah bapanya pada pukul 9 malam tadi.

“Mummy (ibu) kemudian terima panggilan yang memaklumkan kejadian (kemalangan) itu pada pukul 10.30 malam sebelum kami segera ke hospital.

“Saya memang terkejut dan cakap dengan ‘mummy’ semua baik-baik sahaja. Walid akan baik. Kami sangka kecederaan walid tidak serius.

“Kami sangat sedih apabila dimaklumkan keadaan sebenar walid, namun sebagai anak sulung saya cuba kuat untuk mummy dan adik,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya di sini, hari ini.

Menurut Dhia, aktiviti berbasikal merupakan hobi bapanya sejak beberapa tahun lalu dan kerap menghabiskan masa bersama rakan-rakannya.

Katanya, arwah bapanya yang bekerja di syarikat swasta merupakan bapa yang penyayang, sangat mengambil berat, bertanggungjawab dan suka membantu.

Sementara itu, isteri Allahyarham Mohd. Hilmi yang mahu dikenali sebagai Naz, 45, menyerahkan siasatan berhubung kemalangan yang meragut nyawa seorang lagi penunggang basikal kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, jenazah Mohd. Helmi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini selepas selesai urusan bedah siasat.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, dua penunggang basikal maut akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Persiaran Selatan, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam di Kilometer 9 itu, mangsa, Mohd. Hilmi Tahar, 48, dan Syazwan Zharif Abdul Karim, 30, disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta terbabit dipercayai mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kiri sebelum melanggar kedua-dua mangsa. – KOSMO! ONLINE

The post Dua penunggang basikal maut: Walid sempat usap kepala saya – Anak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved