
Dua pelajar sekolah menengah maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Nyior Chabang, Langkawi, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu kira-kira jam 1.51 tengah hari. Kejadian melibatkan sebuah motosikal Yamaha Y15 dan tiga kereta.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah, dari arah Simpang Kenyum menuju ke Nyior Chabang.
“Motosikal berkenaan dipercayai memotong dua kereta yang bergerak sehala sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta dari arah hadapan,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga:
Anggota trafik patah tangan, kaki dirempuh pemandu lari sekatan jalan raya
Bekas calon PRU15 ditahan, disyaki tolak warga emas ke dalam longkang
‘Boleh tak lepas ni cikgu pakai handsock?’ – Murid Tingkatan Dua tegur melalui surat
Kedua-dua pelajar disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan. Tiga pemandu kereta yang terlibat tidak mengalami kecederaan fizikal, namun dilaporkan trauma.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis meminta saksi kejadian atau individu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka di kawasan berkenaan tampil membantu siasatan.
The post Dua pelajar maut, motosikal bertembung kereta ketika pulang dari sekolah appeared first on The Reporter.






