Dua pelajar sekolah didakwa edar ketamin RM1.3 juta

2 Sep 2026 • 5:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua pelajar sekolah didakwa edar ketamin RM1.3 juta

HONG KONG – Dua pelajar sekolah menengah didakwa di mahkamah atas kesalahan mengedar dadah berbahaya selepas Jabatan Kastam Hong Kong merampas dadah disyaki ketamin bernilai HK$2.6 juta (RM1.3 juta) yang disembunyikan di dalam tiang lampu taman, lapor saluran berita The Standard.

Rampasan itu dilakukan oleh pegawai kastam pada 27 Ogos lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong semasa membuat pemeriksaan ke atas satu bungkusan pos dari Belgium yang diisytiharkan sebagai tiang hiasan taman.

Pemeriksaan menggunakan mesin sinar-X mendapati terdapat imej meragukan, membolehkan pegawai pembongkar menemui kira-kira 6.4 kilogram ketamin yang disorokkan di dalam 17 tiang lampu taman tersebut.

Menerusi satu operasi penghantaran terkawal di kawasan Ngau Tau Kok pada petang Isnin lalu, pihak berkuasa berjaya menahan dua remaja lelaki masing-masing berusia 13 dan 14 tahun selepas mereka didapati mengambil dan mengendalikan bungkusan berkenaan.

Kedua-dua suspek yang merupakan rakan sekelas didakwa atas satu pertuduhan mengedar dadah berbahaya dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kowloon City, semalam.

Mengikut sumber siasatan, kedua-dua remaja itu dipercayai terperdaya dan direkrut oleh sindiket pengedaran dadah tempatan dengan tawaran ganjaran wang ringgit. 

Suspek berusia 14 tahun dilaporkan dijanjikan bayaran sebanyak HK$2,000 (RM1,100) hanya untuk mengumpul bungkusan itu.

Bungkusan pos berkenaan pada asalnya dialamatkan ke sebuah unit perumahan awam di Kwai Chung sebelum kedua-dua suspek mengambilnya untuk dihantar ke lokasi penyerahan di Ngau Tau Kok. – AGENSI

The post Dua pelajar sekolah didakwa edar ketamin RM1.3 juta appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved