Dua pemandu mabuk didenda RM10,000, penjara sehari

24 Nov 2026 • 4:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Dua pemandu mabuk didenda RM10,000, penjara sehari

Kota Kinabalu: Dua lelaki yang memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan masing-masing dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Marilyn Kelvin selepas kedua-dua tertuduh, Yuwel Imanuel Yuhanis dan Rajuan Gaminik mengaku bersalah terhadap pertuduhan berasingan.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Yuwel, 25, didapati memandu dengan kandungan alkohol sebanyak 82 miligram (mg) dalam setiap 100 mililiter darah, melebihi had yang dibenarkan pada jam 2.40 pagi, 28 Februari lalu di Jalan Coastal.

Sementara itu Rajuan, 40, didapati memandu dengan kandungan alkohol sebanyak 224mg dalam setiap 100 mililiter darah pada jam 1.20 pagi, 5 April lalu di Jalan Penampang-Kota Kinabalu berhampiran sebuah sekolah menengah di Penampang.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 45A(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda antara RM10,000 hingga RM30,000 selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya dua tahun dari tarikh sabitan.

Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Irianshah Bakar mengendalikan pendakwaan. Dalam kes berasingan seorang lelaki didenda RM2,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda kerana menyebabkan kecederaan terhadap seorang individu pada Julai lalu.

Muhammad Haiqal mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 34 tahun di sebuah premis di Manggatal pada jam 11.56 malam, 29 Julai lalu.

Dia melakukan kesalahan itu bersama seorang lagi individu.

Pegawai Pendakwa Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved