Dua Pemuda Sanggup Redah Hujan, Bantu Warga Emas Terperangkap Dalam Ribut

25 Sep 2025 • 3:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua pemuda raih perhatian serta pujian netizen apabila berani menyelamatkan warga emas yang terperangkap ketika hujan ribut.

Dalam video yang berdurasi satu minit itu, pemuda yang dikenali sebagai Bryan berkata pada awalnya dia dan seorang lagi rakan menyangka hujan biasa namun, keadaan bertukar cemas apabila ribut dan angin kencang melanda.

Disebabkan situasi tersebut, mereka bergegas membantu warga emas terbabit yang terpaksa berhenti di tepi jalan dan berteduh di bawah pokok.

Dua pemuda sanggup redah hujan

@unknownbryan_73

mula mula ingatkan hujan biasa but tida sangka yang sekali datang dengan ribut angin kencang so uncle tu memang dari tadi duduk atas moto berhenti di tepi tu and memang teda orang tolong so me and my friend decided to help him with all cost janji uncle tu selamat sebab as you guys can see dia berhenti bawah pokok basah tu tida apa janji uncle tu selamat sampai ke rumah bila hujan suda berhenti (ps: kami ikhlas sebab nak uncle selamat) #4u #fypシ゚ #heavyrain

♬ original sound – Anthony Jade Esperanza – ᴀɴᴛʜᴏɴʏ.

“Mula-mula ingatkan hujan biasa tapi tak sangka yang sekali datang dengan ribut angin kencang jadi pakcik tu memang dari tadi duduk atas motor berhenti di tepi jalan itu.

“Memang tak ada orang tolong jadi saya dan kawan ambil keputusan untuk bantu pakcik tersebut dalam apa jua keadaan janji pakcik tu selamat,” ujarnya dalam satu hantaran di TikTok.

Dalam pada itu, Bryan menegaskan dia dan rakannya ikhlas membantu warga emas terbabit dan bersyukur kerana pakcik tersebut selamat pulang ke kediamannya.

Dua pemuda sanggup redah hujan

image is not available
image is not available image is not available

“Korang boleh nampak yang pakcik tu berhenti bawah pokok basah, tapi tak mengapa janji pakcik itu selamat sampai ke ruamh bila hujan sudah berhenti.

“Kami ikhlas sebab nak pakcik selamat,” katanya.

Terima kasih orang baik!

image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @Bryan