
Kota Kinabalu: Dua penganggur didakwa secara berasingan di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan mengedar ekstasi.
Hendy Anwar, 26, dan Mohd Firdaus Moar, 25, dibawa ke hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.
Hendy dan Firdaus masing-masing didakwa mengedar 3,4-methylenedioxymethamphetamine (ekstasi) seberat 410.38gm dan 127.33gm, masing-masing, jam 2.20 petang pada 25 Julai tahun ini, bersebelahan pondok keselamatan Borneo Beach Villa, Karambunai, Manggatal.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ABD) adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Pertuduhan itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan minimum 15 sebatan rotan jika sabit kesalahan.
Hendy juga menghadapi dua lagi pertuduhan memiliki 12.78gm Ketamin dan 6.04gm Nimetazepam di tempat dan masa sama, yang mana, masing-masing termaktub di bawah Seksyen 12(2) ABD.
Setiap pertuduhan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) Akta sama yang membawa hukuman penjara antara dua tahun dan lima tahun dan sebatan antara tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Firdaus juga berdepan satu lagi pertuduhan memiliki 8.98gm Ketamin yang juga termaktub di bawah Akta sama, di tempat dan masa sama.
Inspektor Kelvan Elson Maik yang melakukan pendakwaan memohon tarikh sebutan lain sementara menunggu laporan ahli kimia dan membantah ikat jamin dikenakan kerana pertuduhan pertama terhadap tertuduh tidak memperuntukkan ikat jamin.
Lovely menetapkan 5 Sept dan 27 Sept untuk sebutan kes Hendy dan Firdaus, masing-masing, dan memerintahkan mereka direman lanjut.
Kedua-dua tertuduh tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
