Dua pengarah Mandiri direman 3 hari

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 7:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua pengarah Mandiri direman 3 hari
Laporan Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Dua individu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mandiri direman tiga hari untuk membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Reman terhadap kedua-dua lelaki itu bermula Rabu.

Difahamkan, proses permohonan reman dilaksanakan di Lokap Jinjang, Kuala Lumpur.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan penahanan Amir Hariri Abdul Hadi dan Dobby Chew iaitu Pengarah Mandiri Development Centre Sdn Bhd oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman pada Selasa.

Penahanan kira-kira jam 3.53 petang dijalankan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.

Ini susulan satu kertas siasatan yang dibuka pada 10 September lalu berhubung isu penerimaan dana yang disyaki hasil daripada aktiviti haram bagi tempoh tahun 2024 hingga 2026.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan siasatan secara menyeluruh berlandaskan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes ini.

Jelas Mohd Khalid, siasatan ini termasuklah aspek penyimpanan, pemindahan, penggunaan serta kemasukan atau pengeluaran wang yang disyaki mempunyai kaitan dengan hasil daripada aktiviti haram.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved