Dua pengarah syarikat jualan langsung didakwa skim piramid

LocalBusiness & Finance
23 Sep 2026 • 1:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua pengarah syarikat jualan langsung didakwa skim piramid

SHAH ALAM – Dua pengarah syarikat jualan langsung mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan berkaitan skim piramid dan pelanggaran syarat lesen jualan langsung antara 2024 hingga tahun lalu.

Lim Boon Hong, 51, dan Ong Sim Yee, 48, kedua-duanya warga Singapura membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ainul Bashirah Dona Don Biyajid.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mempromosikan skim piramid, sekali gus melakukan kesalahan mengikut Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993.

Mereka turut didakwa sebagai pemegang lesen jualan langsung gagal mematuhi syarat lesen apabila mengamalkan pelan pemasaran yang tidak diluluskan.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 6(4) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 [Akta 500] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39(1) akta sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat syarikat mereka di Taman Perindustrian Bukit Jelutong, Seksyen U8, di sini antara 14 September 2024 hingga 20 Jun 2025.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Muhamad Saiful Saaidin, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Chew Jee San.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan dua penjamin warga tempatan.

Mereka turut diperintahkan melaporkan diri di Pejabat KPDN setiap dua bulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mereka juga didakwa sebagai pemegang lesen jualan langsung telah gagal mematuhi syarat lesen iaitu mengamalkan pelan pemasaran yang tidak diluluskan seterusnya melakukan kesalahan.

Pertuduhan dikemukan mengikut Seksyen 6(4) Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 [Akta 500] dan boleh dihukum di bawah seksyen 39(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi 100,000 atau dipenjarakan sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan dilakukan di pejabat mereka di Taman Perindustrian Bukit Jelutong, Seksyen U8 di antara 14 September 2024 hingga 20 Jun 2025.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Muhamad Saiful Saaidin manakala Peguam Chew Jee San mewakili kedua-dua tertuduh.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan dua penjamin warga tempatan.

Mereka juga dikehendaki melaporkan diri di Pejabat KPDN dua bulan sekali serta tidak menggangu saksi pendakwaan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 November depan. – KOSMO! ONLINE

The post Dua pengarah syarikat jualan langsung didakwa skim piramid appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved