Guru tari muda didakwa noda dua pelajar sedang tidur

18 Sep 2026 • 11:58 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Guru tari muda didakwa noda dua pelajar sedang tidur

MELAKA – Seorang juru tari muda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar lelakinya ketika mangsa sedang tidur, sejak tahun lalu.

Tertuduh, Badrulsaufi Wahid, 20, membuat pengakuan itu sejurus empat pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa telah menyentuh dua remaja lelaki berusia 14 tahun 10 bulan dan 15 tahun bagi maksud seksual antara penghujung bulan Disember 2025 sehingga 13 September lalu.

Perbuatan itu dilakukannya sekitar pukul 12.30 tengah malam sehingga 3.15 pagi di sebuah rumah beralamat di Krubong dan di sebuah hotel dalam daerah Melaka Tengah.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga boleh dihukum dengan hukuman sebat bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Difahamkan tertuduh melakukan kesalahan itu ketika mangsa sedang tidur selepas menjalani latihan tarian bersamanya.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syauqi Mardia Baharudin mencadangkan jaminan sebanyak RM40,000 beserta syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Peguam Umar Zulkarnain yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu agar jaminan rendah diberikan dengan mengambil kira faktor usia anak guamnya yang masih muda serta latar belakang pekerjaannya hanya sebagai jurutari dan jurusolek.

Tambah beliau, tertuduh juga akan memastikan kehadirannya pada prosiding seterusnya memandangkan dia menetap di Krubong, selain jaminan akan dibuat oleh ibunya.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 20 Oktober 2026 sebagai sebutan semula kes.- KOSMO! ONLINE

The post Guru tari muda didakwa noda dua pelajar sedang tidur appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved