Dua Penjawat Awam Disyaki Khalwat Di Pantri, Kes Ke Pendakwaan

LocalPolitics
17 Sep 2026 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bukan di hotel atau rumah sewa, sebaliknya pantri pejabat jadi lokasi dua penjawat awam Kementerian Kesihatan ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Pasangan lelaki dan wanita itu ditahan di bangunan Wisma Kerajaan, Gua Musang pada Khamis lalu dan kes berkenaan kini sedang bergerak ke peringkat seterusnya.

Gerak-geri dikatakan sudah diperhatikan

Image from: Dua Penjawat Awam Disyaki Khalwat Di Pantri, Kes Ke Pendakwaan
Kredit Foto: Janaan AI

Menurut sumber, pasangan berkenaan dipercayai sudah beberapa kali dilihat masuk berdua-duaan ke pantri tanpa alasan jelas sejak kira-kira tiga bulan lalu.

Perkara itu dikatakan turut menarik perhatian kakitangan lain sebelum tindakan penguatkuasaan dilakukan kira-kira jam 4 petang.

Ketika anggota Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan tiba, pintu pantri berkenaan dipercayai berkunci sehingga terpaksa dibuka secara paksa.

Apabila pintu dibuka, salah seorang daripada mereka cuba melarikan diri ke bilik pejabatnya, namun sempat dilihat anggota penguat kuasa yang berada di lokasi.- Katanya.

Kes dalam proses pendakwaan

Image from: Dua Penjawat Awam Disyaki Khalwat Di Pantri, Kes Ke Pendakwaan
Kredit Foto: Janaan AI

Selepas penahanan itu, siasatan kini sedang dilengkapkan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap pasangan terbabit.

Kertas siasatan kes berkenaan dalam proses untuk disiapkan dan akan diangkat ke tindakan pendakwaan.- Katanya.

Ini bermakna kes tersebut tidak terhenti setakat penahanan sahaja dan kini menunggu proses seterusnya selepas kertas siasatan disiapkan.

The post Dua Penjawat Awam Disyaki Khalwat Di Pantri, Kes Ke Pendakwaan appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved