
PUTRAJAYA – Dua penunggang basikal maut akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Persiaran Selatan, di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam di Kilometer 9 itu, dikenali sebagai Mohd. Hilmi Tahar, 48, dan Syazwan Zharif Abdul Karim, 30, disahkan maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta terbabit dipercayai mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kiri sebelum melanggar kedua-dua mangsa.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Aidi Sham berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Susulan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-88862138 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Dua penunggang basikal maut dirempuh kereta appeared first on Kosmo Digital.


![[VIDEO] Sesak teruk sebelum Tol Kajang, lori LPG meletup](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/SILK-TERBAKAR-1024x768.jpeg)



