“Patut kayuh ramai-ramai” – Luahan Sayu Isteri Penunggang Basikal M*ut Dirempuh Kereta

21 Aug 2026 • 4:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 29

Niat murni dua rakan sekerja untuk membuat latihan persediaan bagi menyertai acara Powerman Malaysia dan Lekas Ride 2026 berakhir dengan tragedi duka apabila kedua-duanya maut selepas direpuh sebuah kereta di Kilometer 9.0 Jalan Persiaran Selatan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa, Syazwan Zharif Abdul Karim, 30, dan Mohd Hilmi Tahar, 48, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian muka dan kepala.

Artikel berkaitan: Kanak-kanak Diumpan Basikal Percuma Jadi Mangsa Amang Seksual

Artikel berkaitan: Kanak-kanak 6 Tahun Maut Selepas Basikal Dirempuh SUV

Isteri kepada Syazwan Zharif, Shaqira, 30, berkata kayuhan malam itu sepatutnya disertai oleh sekumpulan rakan yang lain, namun sebahagian besar daripada mereka tidak dapat menghadirkan diri.

c422ef92 c0b9 447a 8120 cfe0348062a3

“Sepatutnya ramai yang menyertai suami berbasikal tapi ada yang tidak dapat ikut. Jadi mereka kayuh berdua sahaja,” kata Shaqira.

Menurut Shaqira, suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang ceria, periang, peramah dan mempunyai ramai kenalan itu memang sangat meminati aktiviti berbasikal dan kerap mengayuh bersama Mohd Hilmi.

“Suami selalu berbasikal dengan rakannya itu (Mohd Hilmi) dan pada hari kejadian sepatutnya ramai (rakan lain) tetapi ada yang tidak boleh (sertai) jadi mereka berdua saja (berbasikal semalam).

Kali terakhir saya jumpa saya pada 8.30 malam (sebelum suami keluar untuk berbasikal),” katanya sebak.

Beliau menambah, kayuhan berkenaan merupakan sebahagian daripada persediaan suaminya untuk menghadapi kejohanan sukan akan datang. Katanya, “Fokus saya sekarang menguruskan jenazah suami dan semua siasatan diserahkan sepenuhnya kepada polis.”

Jenazah Syazwan Zharif telah dituntut oleh pihak waris pada jam 2.08 petang selepas selesai urusan bedah siasat. Jenazah diterbangkan pulang ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak pada jam 6.25 petang menerusi bantuan Rumah Anak Sarawak untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati pemandu kereta terbabit dipercayai mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kiri sebelum merempuh kedua-dua penunggang basikal berkenaan. Siasatan lanjut berhubung kes ini masih diteruskan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved