Dua penunggang basikal maut dirempuh kereta di Putrajaya

21 Aug 2026 • 9:16 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua penunggang basikal maut dirempuh kereta di Putrajaya

PUTRAJAYA: Dua penunggang basikal maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Persiaran Selatan, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam di Kilometer 9 itu, mangsa, Syazwan Zharif Abdul Karim, 30, dan Mohd. Hilmi Tahar, 48, disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta terbabit dipercayai mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kiri sebelum melanggar kedua-dua mangsa.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua penunggang basikal mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dan kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-88862138 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Aidi Sham berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan. – UTUSAN

The post Dua penunggang basikal maut dirempuh kereta di Putrajaya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved