Dua penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Redang

LocalTravel
14 Mar 2026 • 10:49 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA NERUS, 14 MAC: Dua penyelam dikhuatiri hilang ketika menjalankan aktiviti menyelam di Pasir Akar Marine Park, di Pulau Redang, dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa merupakan seorang lelaki Melayu berusia 31 tahun yang berasal dari Kajang, Selangor dan seorang lelaki warganegara China berusia 42 tahun.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada pihak berkaitan kira-kira 12.45 tengah hari yang memaklumkan kejadian berkenaan.

"Susulan kejadian itu, sebuah bot daripada Jabatan Perikanan Terengganu dengan tujuh anggota penyelamat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Taman Laut telah digerakkan untuk memulakan operasi pencarian pada 2 petang.

"Operasi turut dibantu tujuh sukarelawan sebuah resort menggunakan dua bot milik mereka … difahamkan seorang penyelam ialah dive master, manakala seorang lagi ialah student diver," katanya ketika dihubungi malam ini.

Azli berkata operasi pencarian turut meliputi kawasan sekitar antaranya Pulau Bidong, Pulau Geluk dan Pulau Tengkorak.

Bagaimanapun, katanya, operasi pencarian terpaksa dihentikan pada 6 petang tadi dan akan disambung pagi esok susulan keadaan ombak dan gelombang yang agak besar.

"Sehingga operasi ditangguhkan petang tadi, dua penyelam tersebut masih belum dijumpai. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved