Tangan Cedera Dipukul Guru, JPN Pulau Pinang Mulakan Siasatan

14 Mar 2026 • 11:13 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di negeri itu dipukul oleh guru sehingga menyebabkan kecederaan pada jari.

image is not available

Pengarahnya, Mohamad Dziauddin Mat Saad, berkata siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kejadian yang tular di media sosial sejak semalam.

Beliau memaklumkan satu pertemuan bersama keluarga murid terbabit turut dijadualkan bagi mendapatkan maklumat lanjut selain memberi penjelasan mengenai tindakan awal yang telah diambil oleh pihak sekolah.

Menurutnya, pihak jabatan akan meneliti laporan lengkap daripada pihak daerah terlebih dahulu sebelum menentukan langkah susulan yang sesuai sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prosedur atau disiplin.

image is not available
Gambar hiasan

Terdahulu, seorang wanita menerusi hantaran di Facebook mendakwa anak lelakinya dipukul menggunakan pembaris kayu oleh seorang guru selepas dipercayai terlupa menyiapkan kerja sekolah.

Kanak-kanak itu dikatakan mengalami bengkak pada jari serta mengadu sakit sebaik pulang ke rumah, malah pihak hospital turut menasihatkan keluarga berkenaan supaya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.