Malaysia-Pakistan perkukuh sektor keselamatan, penguatkuasaan

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 6:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia-Pakistan perkukuh sektor keselamatan, penguatkuasaan

PETALING JAYA: Malaysia dan Pakistan memperkukuh hubungan dua hala melalui kerjasama dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerjasama itu disentuh dalam perbincangan dua hala bersama Menteri Dalam Negeri dan Kawalan Narkotik Pakistan, Syed Mohsin Raza Naqvi sempena lawatan rasminya ke Islamadab, selama dua hari bermula semalam.

Beliau berkata, antara perkara yang dibincangkan termasuk kerjasama kepolisan, perkongsian risikan, pencegahan keganasan, pembanterasan dadah dan jenayah rentas sempadan, keselamatan siber, imigresen, pemerdagangan orang, pengurusan banduan serta penguatkuasaan maritim.

“Lawatan ini bukan sekadar mempererat hubungan sedia ada antara Malaysia dengan Pakistan, tetapi juga menjadi ruang untuk kita memperluas kerjasama dan berkongsi pengalaman dalam bidang keselamatan serta penguatkuasaan, selaras dengan cabaran keselamatan yang semakin kompleks dan memerlukan kerjasama lebih erat antara negara.

“Pertemuan ini membuka ruang untuk mengenal pasti bidang kerjasama yang praktikal, berimpak dan mampu diterjemahkan kepada tindakan susulan yang jelas,” katanya dalam Facebook beliau, semalam.

Saifuddin berkata, kedua-dua pihak turut bersetuju secara prinsip untuk menubuhkan Working Group (pasukan petugas) antara kedua-dua kementerian bagi menyelaras tindakan susulan dan memastikan setiap bidang kerjasama yang dipersetujui dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan Pakistan dalam memudah cara dialog antarabangsa yang menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.

Sebelum itu, pada hari pertama lawatan, Saifuddin menerima kawalan kehormatan oleh Federal Constabulary sebelum meletakkan kalungan bunga di Martyrs’ Memorial sebagai tanda penghormatan.

Beliau kemudian ke Islamabad Police Lines untuk menyaksikan perbarisan khas serta bertemu pegawai dan anggota polis Islamabad. – UTUSAN

The post Malaysia-Pakistan perkukuh sektor keselamatan, penguatkuasaan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved