Dua remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai

22 Aug 2026 • 10:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Operasi SAR menggunakan tali di kawasan Sungai Pagalan, Keningau.
Image from: Dua remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Operasi SAR dua mangsa dikhuatiri lemas dilakukan di kawasan Sungai Pagalan, Keningau.

KENINGAU - Dua remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan mereka di Sungai Pagalan di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa dikenali sebagai Jastey Goment, 16, dan Khend Romel Ponce Caceres, 13.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Severinus Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.15 petang.

Katanya, seramai 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari BBP Keningau.

"Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 3.20 petang. Berdasarkan maklumat saksi, kedua-dua mangsa sebelum itu sedang mandi bersama beberapa rakan mereka.

"Bagaimanapun, rakan-rakan mangsa kemudian menyedari kedua-duanya hilang dan dipercayai lemas," katanya dalam kenyataan.

**media[3623241]**

Severinus berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dengan bantuan tali sejauh 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

“Operasi pencarian kemudiannya diperluaskan sehingga radius dua kilometer meliputi permukaan air serta tebing sungai.

"Bagaimanapun, kedua-dua mangsa masih belum ditemukan dan operasi ditangguhkan pada jam 6 petang sebelum disambung semula esok," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved