Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pahang

20 Aug 2026 • 5:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pahang
Operasi pencarian turut dilakukan di kawasan sangkar ikan. FOTO JBPM PAHANG

KUANTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh ketika menjalankan aktiviti memancing di Sungai Pahang dekat Kampung Lebak Seberang, Temerloh pada Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian menimpa mangsa, Muhamed Hanifa Mammu, 47, dilaporkan jam 11.09 tengah malam.

Menurutnya, susulan maklumat diterima, anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Operasi SAR hari pertama dibuat melalui pencarian di permukaan air sebelum ia ditangguhkan.

"Operasi disambung semula hari ini (Khamis) dengan selaman pertama dibuat anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) BBP Bukit Angin jam 9.24 pagi pada kedalaman 2.5 meter," katanya.

Zulfadli berkata, operasi pencarian dibantu pasukan bantuan dari BBP Temerloh.

Sehingga jam 5.30 petang pada Khamis, mangsa belum ditemui dan operasi pencarian masih diteruskan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved