Dua Remaja Direman Buang Bayi Depan Surau

LocalFamily & Parenting
15 Apr 2026 • 10:06 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua remaja ditahan direman selama tiga hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang bayi perempuan di kawasan Taman Universiti, Skudai pada Sabtu lalu.

Menurut laporan Sinar Harian, perintah reman terhadap lelaki berusia 18 tahun dan perempuan berusia 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Atifah Hamizah di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

image is not available

Tindakan tersebut bertujuan membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan membuang atau menyembunyikan bayi dengan niat untuk meninggalkannya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha memaklumkan kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 2.15 pagi Selasa.

Beliau berkata, semakan awal mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau, manakala keputusan ujian air kencing juga negatif.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di pekarangan sebuah surau di Taman Universiti.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

The post Dua Remaja Direman Buang Bayi Depan Surau appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved