Dua remaja lelaki mengaku bersalah rogol remaja OKU di pondok kolam ikan

16 Oct 2026 • 2:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua remaja lelaki mengaku bersalah rogol remaja OKU di pondok kolam ikan

PEKAN – Dua remaja lelaki berusia 16 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Pekan di sini atas pertuduhan merogol seorang remaja orang kurang upaya (OKU) perempuan berusia 14 tahun pada 6 Oktober lalu.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Melody Woon Sze Mun.

Mengikut kertas pertuduhan kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 9 malam hingga pukul 10 malam di sebuah pondok kolam ikan dekat Kampung Siong, Kuala Pahang di sini.

Tertuduh didakwa telah melakukan rogol terhadap mangsa yang berumur 14 tahun di pondok berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Sarah Aqilah Lokman manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Noor Shuhada Arifin.

Woon Sze Mun membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi setiap tertuduh namun hanya seorang tertuduh membayar jaminan.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 30 November ini bagi mendengar laporan akhlak kedua-dua tertuduh.

Sementara itu berdasarkan fakta kes mangsa mengenali seorang tertuduh melalui aplikasi TikTok sehari sebelum kejadian sebelum mangsa keluar bersama lelaki berkenaan.

Mangsa kemudiannya dibawa bertemu dengan seorang lagi lelaki dan diajak masuk ke dalam sebuah pondok sebelum dipercayai dirogol kedua-dua lelaki berkenaan secara berasingan.- KOSMO! ONLINE

The post Dua remaja lelaki mengaku bersalah rogol remaja OKU di pondok kolam ikan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved