Dua remaja maut tercampak dalam parit

8 Oct 2026 • 10:01 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua remaja maut tercampak dalam parit
Pasukan bomba melakukan kerja-kerja menyelamat mengeluarkan tiga mangsa dari parit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Teluk Sareh, Kampung Gajah pada Khamis. Foto: JBPM Perak
Image from: Dua remaja maut tercampak dalam parit
Anggota bomba mengeluarkan ketiga-tiga mangsa menggunakan pengusung dalam nahas di Kampung Teluk Sareh, Kampung Gajah pada Khamis. Foto JBPM Perak

PASIR SALAK - Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki terbabit dalam nahas dengan sebuah kereta di Kampung Teluk Sareh, Kampung Gajah di sini pada Khamis.

Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah jam 4.29 pagi melibatkan mangsa dikenali Siti Qazrina Abdul Rahman, 19, dan Adam Danial, 18.

Kedua-dua mangsa dipercayai rakan yang menaiki motosikal Yamaha Y15 disyaki tercampak ke dalam parit akibat nahas berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian turut mengakibatkan pemandu kereta jenis Toyota Yaris berusia 31 tahun cedera parah.

Menurutnya, anggota yang tiba di tempat kejadian mendapati sebuah kereta berada dalam parit dengan seorang mangsa dalam kenderaan berkenaan.

"Dua lagi mangsa iaitu penunggang dan pembonceng motosikal turut ditemui berada di dalam parit.

"Kedua-dua mangsa itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

**media[3671181]**

Sabarodzi berkata, ketua operasi melakukan penilaian awal sebelum mengarahkan anggota mengeluarkan ketiga-tiga mangsa menggunakan pengusung.

Katanya, dua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Mangsa yang cedera parah kemudian dihantar ke Hospital Seri Iskandar menggunakan ambulans KKM," katanya.

Operasi yang membabitkan lima anggota BBP Kampung Gajah itu tamat sepenuhnya pada jam 6.54 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved