Dua Remaja & Seorang Bayi Terima Organ Buah Pinggang, Hati Muhammad Aidil

21 Nov 2026 • 3:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Dua Remaja & Seorang Bayi Terima Organ Buah Pinggang, Hati Muhammad Aidil

Tiga organ Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23, masing-masing dua buah pinggang dan hati didermakan kepada tiga penerima termasuk dua remaja serta seorang bayi lelaki berusia setahun.Kakak Allahyarham, Siti Hajar, berkata, pihak keluarga dimaklumkan doktor Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) mengenai identiti umum penerima organ berkenaan selepas adiknya meninggal dunia malam kelmarin akibat kemalangan jalan raya pada Isnin lalu."Semalam kami dimaklumkan kedua-dua buah pinggang milik arwah adik kini milik remaja lelaki berusia 15 tahun dan remaja perempuan berusia 14 tahun."Proses pemindahan organ itu dikatakan dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Selayang semalam."Hati arwah adik pula kini berpindah kepada bayi lelaki berusia setahun di Hospital Sungai Buloh."Tiada apa yang diharapkan selain rasa syukur apabila insan lain diberi peluang untuk terus hidup dengan sihat hasil daripada sumbangan arwah adik," katanya seperti dilapor Harian Metro.Siti Hajar berkata, keluarga tidak mempunyai perancangan untuk bertemu penerima organ Allahyarham buat masa ini, namun berharap dapat mengetahui perkembangan mereka."Setakat ini kami sekeluarga tiada perancangan mahu berjumpa dengan penerima organ milik arwah Aidil, namun jika ada rezeki dapat tahu siapa yang dapat organ milik arwah pun itu sudah memadai."Kami hanya mahu tahu siapa sahaja kerana rasa bangga dengan pengorbanan Allahyarham, namun kita faham bahawa maklumat penerima itu adalah sulit atau rahsia," katanya.Mengulas kehilangan adik bongsunya itu, Siti Hajar berkata, pemergian Allahyarham memberi kesan besar kepada seluruh keluarga, terutama ibu dan bapanya, apatah lagi mereka baru kehilangan nenek tersayang tiga minggu lalu."Kesedihan kehilangan nenek tiga minggu lalu belum terubat, kini kami berdepan kehilangan Muhammad Aidil pula."Ketika kematian nenek tiga minggu lalu di Senawang, Negeri Sembilan, kami dari Kelantan bergegas ke sana dan Allahyarham Aidil ketika itu turut masuk ke liang lahad menurunkan jenazah nenek."Tidak sangka kini kami pula meratapi sedih kehilangannya. Ibu ayah paling terasa kerana arwah adik tinggal bersama mereka dan arwah sangat manja dengan kami semua selain seorang yang sangat pemurah," katanya.Jelas Siti Hajar, keluarga turut tidak menyangka pemergian Muhammad Aidil dan pengorbanannya mendapat perhatian meluas sehingga kisah Allahyarham menjadi perbualan ramai di media sosial."Apa yang saya boleh katakan adalah ucapan terima kasih kepada semua pihak dan mereka yang mendoakan Allahyarham Muhammad Aidil," katanya.Media sebelum ini melaporkan Muhammad Aidil terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Isnin lalu sebelum disahkan meninggal dunia malam kelmarin.Keluarganya bersetuju mendermakan organ Allahyarham dan pembedahan pendermaan organ dilakukan malam kelmarin di HPUSM. Kakitangan hospital turut memberikan penghormatan terakhir menerusi upacara 'Honor Walk.'Bangunan HPUSM turut dipasang lampu hijau sebagai tanda penghormatan dan simbolik kepada proses pembedahan pendermaan organ berkenaan.Sumber: Harian Metro 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved