Dua rentung kereta dinaiki lima individu terbabas, terbakar

10 Nov 2026 • 8:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua rentung kereta dinaiki lima individu terbabas, terbakar
Keadaan sebuah kereta Mercedes yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran Permas Jaya Golf Club, Johor Bahru, awal pagi Selasa hingga mengakibatkan dua mangsa rentung. - Foto tular

JOHOR BAHRU – Dua individu rentung apabila sebuah kereta jenis Mercedes dinaiki lima individu terbakar selepas terlibat kemalangan berhampiran Permas Jaya Golf Club, menghala ke Bakar Batu, di sini awal pagi Selasa.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, PBK I Razali Hussein berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 4.35 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah kereta Mercedes dipercayai terbabas dan terbalik di tepi jalan sebelum terbakar sehingga 90 peratus.

"Seramai lima mangsa terlibat dalam kejadian itu dengan tiga daripadanya berjaya keluar dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan bomba.

"Seorang mangsa lelaki berusia 23 tahun mengalami kecederaan melecur di bahagian kaki dan tangan sebelum diberikan rawatan awal oleh anggota bomba," katanya.

Beliau memberitahu, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala seorang lagi mangsa dibawa ke hospital oleh orang awam.

Katanya, dua lagi mangsa ditemukan rentung di dalam kenderaan dengan identiti mereka belum dapat dikenal pasti.

"Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran salur bantu mula sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

"Kedua-dua mangsa yang rentung kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.47 pagi," katanya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved