
JOHOR BAHRU – Dua individu rentung, manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kereta terbabas sebelum terbalik dan terbakar di Jalan Bakar Batu menghala Permas di sini hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Razali Hussein, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.35 pagi.
“Sebuah kereta terbabas dan terbalik di tepi jalan sebelum terbakar.
“Seramai lima mangsa terbabit dalam kejadian itu dengan tiga individu berjaya keluar dari kenderaan sebelum bomba tiba,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Razali berkata, seorang mangsa lelaki 23 tahun melecur kaki dan tangan, diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini.
Katanya, seorang mangsa cedera dihantar ke hospital oleh orang awam, manakala seorang lagi dilaporkan selamat.
“Dua mangsa ditemukan rentung di dalam kenderaan, namun identiti masih belum dikenal pasti,” katanya.
Katanya, kereta musnah 90 peratus dan kedua-dua mangsa rentung diserahkan kepada polis. – KOSMO! ONLINE
The post Dua rentung kereta terbakar appeared first on Kosmo Online.

![[VIDEO] ‘Bawa laju, dah langgar lepas tu lari’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/WhatsApp-Image-2026-11-10-at-2.56.53-PM-1024x768.jpeg)




