Dua sekolah jana RM529 hasil jualan 1,258kg barangan kitar semula - MPAJ

LocalEnvironment
3 Oct 2026 • 12:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua sekolah jana RM529 hasil jualan 1,258kg barangan kitar semula - MPAJ

SHAH ALAM, 3 OKT: Dua sekolah di Ampang Jaya menjana RM529 hasil jualan 1,258 kilogram (kg) barangan kitar semula sempena Pertandingan Kitar Semula Sekolah Peringkat MPAJ, kelmarin.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berkata Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah merekodkan kutipan tertinggi sebanyak 992.45kg dan menerima RM439, manakala Sekolah Kebangsaan 2 Taman Keramat mengumpulkan 265.95kg dengan hasil jualan RM90.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata antara barangan yang dikumpulkan termasuklah kertas, kotak, plastik, tin besi, besi, sisa elektronik (e-waste), aluminium dan minyak masak terpakai.

Image from: Dua sekolah jana RM529 hasil jualan 1,258kg barangan kitar semula - MPAJ
Antara barangan kitar semula yang dikumpulkan menerusi program kutipan dan pembelian di dua sekolah sekitar Ampang Jaya pada 1 Oktober 2026. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya - Rasmi

Menurut MPAJ, aktiviti kutipan dan pembelian barangan kitar semula yang dikendalikan Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Kesihatan itu bertujuan menggalakkan warga sekolah mengamalkan kitar semula serta mengurus sisa secara sistematik.

“Pelaksanaan program ini turut memberi penekanan kepada usaha mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan, selain menyediakan pendidikan dan promosi berkaitan amalan kitar semula serta tatacara pengurusan sisa yang betul.

“Usaha ini akan terus diperkukuh menerusi penglibatan komuniti dan institusi pendidikan bagi membudayakan amalan kitar semula serta meningkatkan kesedaran alam sekitar,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved