
SANDAKAN: Taktik dua wanita tempatan di sini untuk membuat laporan palsu kononnya mereka menjadi mangsa samun bersenjata akhirnya terbongkar selepas siasatan polis mendapati kejadian itu tidak pernah berlaku.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan pada jam 12.05 tengah hari Rabu daripada seorang wanita berusia 34 tahun dan rakannya berusia 20 tahun.
AdvertisementDalam laporan tersebut, mereka mendakwa disamun tiga individu bersenjatakan pisau di Bandar Sandakan pada jam 7 malam hari Selasa.
“Menurut pengadu, telefon bimbit mereka dan wang tunai berjumlah RM136 telah dilarikan oleh suspek,” kata Abdul Fuad.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Namun, hasil siasatan mendalam oleh pihak polis menemui banyak percanggahan dalam keterangan kedua-dua wanita tersebut.




