Wanita maut jatuh dari tingkat 23

9 Jan 2025 • 12:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Seorang wanita warga tempatan berusia 47 tahun maut selepas jatuh dari bangunan di Blok A, Residensi Borneo Cove, pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat dari penduduk sekitar pada jam kira-kira 8 malam.

Advertisement“Hasil siasatan polis di lokasi kejadian mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berumur 47 tahun, berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui bersamanya.

“Mangsa ini juga bukan penduduk di Residensi Borneo Cove dan dipercayai tidak melawat rumah sesiapa pun di residensi tersebut.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Mangsa dipercayai keluar dari aras 23 Bangunan Blok A berdasarkan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup yang ada di lif lokasi kejadian,” katanya.

Dalam kenyataannya kepada media, Abdul Fuad juga memberitahu mangsa yang mengalami kecederaan parah bahagian kepala dan kaki, meninggal dunia di tempat kejadian.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Waris mangsa telah dikenalpasti dan dipanggil oleh pihak polis.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat,” jelasnya lagi.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Abdul Fuad juga berkata kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut.