Dua suspek curi kabel dicekup polis selepas kereta masuk longkang

11 Oct 2026 • 9:28 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Dua suspek curi kabel dicekup polis selepas kereta masuk longkang

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Polis menahan dua lelaki selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri daripada polis di Taman Sri Watan, Ampang, Selangor, semalam, selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata penahanan itu dibuat susulan maklumat orang awam yang diterima pada kira-kira 5.53 pagi.

"Ketika kereta peronda polis tiba di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Perodua Aruz berwarna biru tanpa nombor pendaftaran berada di tepi Jalan Watan 8 sebelum cuba melarikan diri.

"Polis bertindak mengejar kereta itu sebelum terbabas ke dalam longkang dan dua suspek yang berada di dalamnya ditahan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 186, Seksyen 379, Seksyen 431A dan Seksyen 124K Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, dua video yang memaparkan polis menahan suspek di kawasan belakang deretan kedai tular di platform media sosial Threads. Video itu turut memaparkan kabel yang dipercayai cuba dicuri oleh suspek.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved