Dua suspek curi kabel ditahan selepas terbabas dalam longkang

11 Oct 2026 • 10:31 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua suspek curi kabel ditahan selepas terbabas dalam longkang

AMPANG JAYA – Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes curi kabel berjaya ditahan selepas kenderaan mereka naiki terbabas ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri daripada polis di Jalan Watan 8, Taman Sri Watan, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian curi kabel kira-kira jam 5.53 pagi.

“Kereta peronda yang digerakkan ke lokasi mengesan sebuah Perodua Aruz tanpa nombor pendaftaran yang cuba melarikan diri.

“Aksi mengejar berlaku sebelum kenderaan itu terbabas ke dalam longkang, manakala dua suspek yang berada di dalamnya berjaya ditahan,” katanga dalam kenyataan hari kni.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186, Seksyen 379, Seksyen 431A dan Seksyen 124K Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

The post Dua suspek curi kabel ditahan selepas terbabas dalam longkang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved