Dua termasuk ‘mastermind’ ditahan, hutang dipercayai motif bunuh lelaki di Batu Pahat

5 Aug 2026 • 4:31 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Dua termasuk ‘mastermind’ ditahan, hutang dipercayai motif bunuh lelaki di Batu Pahat

Polis menahan dua lelaki termasuk dalang utama bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang peniaga di Batu Pahat yang dipercayai bermotifkan hutang.

JOHOR BAHRU: Dua lelaki tempatan termasuk “mastermind” kes pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dibungkus dan dililit dengan jaring di Sungai Tanjung Sembrong di Parit Raja, Batu Pahat dua hari lepas, ditahan semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor DCP Hoo Chuan Huat berkata dua lelaki itu ditahan di sekitar negeri ini hasil siasatan yang dijalankan.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati motif pembunuhan disebabkan seorang daripada suspek berhutang dengan mangsa yang merupakan seorang peniaga.

“Bagaimanapun, jumlah hutang berkenaan masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Hoo berkata pihaknya juga sedang menyiasat sama ada terdapat suspek lain terlibat dalam kes tersebut.

Beliau berkata dua lelaki itu direman enam hari hingga 10 Ogos bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Polis pada 3 Ogos lepas menahan tiga lelaki pada hari sama mayat lelaki berusia 36 tahun itu ditemukan.

Hoo dilaporkan berkata mayat mangsa ditemukan dengan tangan dan kaki diikat menggunakan pita pelekat selain beberapa kesan kecederaan pada bahagian pinggang dan lengan.

Beliau berkata isteri mangsa membuat laporan polis pada 29 Julai lepas berhubung kehilangan suaminya di Mutiara Rini, Iskandar Puteri dan kes ketika itu diklasifikasikan sebagai orang hilang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved