Dua Tokoh Bekas Tabung Haji Direman Tujuh Hari Susulan Pendedahan Laporan RCI

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 4:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan seorang bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 2 September depan itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut laporan Kosmo, kedua-dua tokoh berusia 60-an itu direman bagi membantu siasatan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan TH.

Dua tokoh bekas TH tiba dengan tangan bergari

Image from: Dua Tokoh Bekas Tabung Haji Direman Tujuh Hari Susulan Pendedahan Laporan RCI

Kedua-dua suspek tiba kira-kira pukul 9.30 pagi dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum dibawa pegawai SPRM untuk proses permohonan reman.

Mereka dilihat tiba dalam keadaan tangan bergari serta memakai baju lokap SPRM.

Difahamkan, kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Semalam, kedua-dua individu berkenaan dilaporkan ditahan sekitar pukul 4 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan berkaitan isu yang dibangkitkan dalam Laporan RCI TH.

Sebelum ini, seorang bekas CEO TH turut direman selama tujuh hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan berkaitan pendedahan RCI tersebut.

Tujuh individu turut ditahan

Image from: Dua Tokoh Bekas Tabung Haji Direman Tujuh Hari Susulan Pendedahan Laporan RCI

Pada 14 Ogos lalu, SPRM turut menahan tujuh individu termasuk seorang wanita.

Mereka terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH bagi membantu siasatan berhubung isu sama.

Untuk rekod, Laporan RCI yang didedahkan pada 29 Julai lalu mengemukakan sebanyak 25 syor utama bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme serta tadbir urus Tabung Haji.

Siasatan SPRM berhubung perkara tersebut masih berjalan dan status reman tidak bermaksud kedua-dua individu terbabit telah bersalah.

Nota Oh! Media:
Kes ini masih dalam proses siasatan. Jadi, elakkan membuat sebarang kesimpulan atau menuduh mana-mana pihak sebelum fakta dan keputusan mahkamah diperoleh. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas dan proses undang-undang menentukan perkara seterusnya.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post Dua Tokoh Bekas Tabung Haji Direman Tujuh Hari Susulan Pendedahan Laporan RCI appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved