Bekas Pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan direman tujuh hari

LocalPolitics
27 Aug 2026 • 3:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dua individu, termasuk bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Image from: Bekas Pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan direman tujuh hariMemetik laporan Buletin TV3, perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi untuk menjalani proses permohonan reman.

Mereka yang mengenakan pakaian lokap berwarna jingga dibawa ke mahkamah menggunakan kenderaan SPRM sebelum diiringi pegawai ke kamar mahkamah dalam keadaan bergari.

Kedua-duanya dilihat tenang ketika tiba dan sempat menyapa rakan terdekat serta petugas media yang berada di lokasi.

Reman terhadap bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji itu dibuat bagi membantu siasatan susulan pendedahan laporan RCI TH yang sebelum ini menjadi perhatian.

Turut direman ialah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan yang dipercayai turut membantu siasatan berkaitan perkara sama.

Menurut sumber menerusi laman TikTok SPRM, kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM.

Image from: Bekas Pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan direman tujuh hari

Foto: Utusan Malaysia

Sebelum ini, SPRM turut menahan dan memanggil beberapa individu lain untuk membantu siasatan berkaitan laporan RCI berkenaan.

Antara yang dipanggil atau ditahan termasuk bekas ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perkapalan, pengarah syarikat pembinaan, bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH.

Laporan RCI TH yang didedahkan selepas empat tahun disiapkan mengandungi 25 syor utama, antaranya bagi memperkukuh aspek ketelusan, profesionalisme dan tadbir urus institusi berkenaan.

Artikel lain: Akmal Saleh mahu RCI baharu, teliti isu TH -“Kalau nak dedah, dedah sepenuhnya…”

Salah satu syor penting yang dikemukakan adalah supaya ahli politik aktif tidak dibenarkan memegang jawatan dalam Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan berlakunya campur tangan politik.

Dalam perkembangan berkaitan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya siasatan pihak berkuasa berhubung laporan RCI TH dijalankan ‘hingga ke lubang cacing’.

Sumber: Buletin TV3 (Syafiqah Damanhuri)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved