BENTONG- Dua warga emas cedera dalam kejadian pokok tumbang hempap kenderaan pacuan empat roda di Jalan Chamang, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu melibatkan mangsa terdiri lelaki dan wanita tempatan berusia 60 dan 62 tahun.
Menurutnya, kedua-dua mangsa dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.
"Susulan maklumat diterima, pihak polis bersama anggota pasukan penyelamat ke lokasi untuk operasi menyelamat dan tindakan selanjutnya.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.
Zaiham menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak menghampiri atau berada di kawasan yang berisiko berlaku pokok tumbang bagi mengelak kejadian tidak diingini.
"Segera laporkan kejadian pokok tumbang atau ternampak pokok berisiko tumbang kepada pihak berkuasa untuk tindakan," ujarnya.




![[VIDEO] Lori tangki diesel hilang kawalan hempap kereta di Temerloh](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/lori-tangki-terbakar-1024x698.jpeg)

