JIM Labuan tahan 10 warga Filipina

26 Sep 2026 • 11:14 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

JIM Labuan tahan 10 warga Filipina

LABUAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 10 warga Filipina menerusi Ops Mahir dan Ops Kutip di empat lokasi di sini, Khamis. Pengarah JIM Labuan, Mohd Redzuan Nawi berkata mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki, dua perempuan dan empat kanak-kanak.

Beliau berkata operasi yang melibatkan 10 pegawai imigresen itu dijalankan dari 9 pagi hingga 2.30 petang, merangkumi pemeriksaan di sebuah premis limbungan kapal di Jalan Rancha-Rancha, tapak pembinaan di Jalan Pohon Batu, sekitar Kampung Lajau serta kawasan Kampung Kiansam yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan.

“Sebanyak 54 individu terdiri daripada warga asing dan tempatan diperiksa, membawa kepada penahanan 10 warga Filipina meliputi empat lelaki, dua wanita dan empat kanak-kanak,” katanya.

Mohd Redzuan berkata kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan mereka ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Labuan untuk siasatan lanjut.

Selain itu, dua notis saman turut dikeluarkan terhadap majikan yang disyaki menggaji pendatang tanpa izin bagi membantu siasatan.

Mohd Redzuan berkata JIM Labuan turut melaksanakan prosiding pendakwaan terhadap tujuh warganegara Filipina di Mahkamah Sesyen Labuan atas kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata empat daripada mereka didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c), manakala tiga lagi berdepan dua pertuduhan masing-masing di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Peraturan 39(b).

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara lima hingga lapan bulan, bermula dari tarikh tangkapan pada 11 Sept 2026.

Sebahagian pesalah lelaki turut dikenakan satu sebatan, manakala bagi kes yang melibatkan dua pertuduhan, hukuman penjara diperintahkan berjalan serentak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved