
Tinggal Melebihi Tempoh, Dua Lelaki Asing Berdepan Denda dan Penjara
Dua Warga Pakistan Didenda RM12,000 Gara-Gara Overstay Hampir 2 Tahun Di Sabah. Dua lelaki warga Pakistan masing-masing didenda RM12,000 atau dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Sabah.
Tertuduh, Abdullah dan Shah Khalid, membuat pengakuan itu secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain pada Selasa.

Seorang Bayar Denda, Seorang Masuk Penjara
Abdullah ditahan pada 11 Februari lalu sekitar jam 4 petang di sebuah kedai di Kota Belud. Siasatan mendapati Pas Khas miliknya telah tamat tempoh sejak 23 Mac 2023. Ini bermakna dia telah tinggal secara haram di negeri ini selama satu tahun 10 bulan.
Manakala Shah Khalid pula diberkas pada hari yang sama, sekitar jam 3.52 petang di sebuah pasar mini di Kudat. Pas Lawatan Sosial miliknya telah tamat tempoh sejak 25 Januari 2023. Dia didapati telah berada di Sabah secara haram selama dua tahun dua minggu.
Kedua-dua kes ini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam prosiding tersebut, Abdullah berjaya membayar denda yang dikenakan, manakala Shah gagal membayarnya dan akan menjalani hukuman penjara selama 12 bulan.
Selepas selesai menjalani hukuman masing-masing atau setelah membayar denda, kedua-dua tertuduh akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.
Pendakwaan bagi kes ini dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Imigresen, Gressia Yoland Ismail Uvaraj.
Baca juga cerita semasa di bawah:

