“Dua2 kata sayang sangat, tapi tetap bercerai. Kenapa Fattah tak pujuk…” -Abby Abadi

LocalEntertainment
7 Oct 2024 • 3:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

“Dua2 kata sayang sangat, tapi tetap bercerai…”

Pertanyaan tersebut dilontarkan oleh pelakon terkenal, Abby Abadi apabila memuat naik hantaran di Insta Story selepas pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu pagi tadi.

Dalam posting berkenaan, Abby turut menyertakan sekali lagu dendangan penyanyi terkenal, Ziana Zain yang berjudul Berpisah Jua dengan video sewaktu Fazura dan Fattah Amin berjalan seiringan sebelum ini.

image is not available

“Dua2 kata sayang sangat”…” Abby Abadi persoal kenapa Fattah tak pujuk

Abby mempersoalkan mengapa Fattah tidak memujuk bekas isterinya, Fazura dan tidak mempertahankan rumah tangga mereka sehingga hari ini mereka akhirnya sah berpisah talak satu selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.

“Dua2 kata sayang sangat, tapi tetap bercerai. Kenapa Fattah tak pujuk, tak pertahankan?” tulisnya.

“Dua2 kata sayang sangat…” -Abby kongsi gambar keluarga Fattah, Fazura

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Arbaiyah Abdul Manan, 47, turut berkongsi beberapa gambar keluarga pasangan selebriti berkenaan bersama anak mereka Fatima Aisya mungkin disebabkan terlalu terkesan dengan perpisahan mereka.

image is not available

Pernah nasihat sebab sedih jika mereka berpisah

Sebelum ini juga, Abby pernah beberapa kali memuat naik nasihat yang ditujukan kepada Fattah dan Fazura supaya masing-masing memperbaiki hubungan agar tiada sebarang perpisahan berlaku antara mereka.

Dia juga menjelaskan tiada niat langsung ingin masuk campur dalam hal rumah tangga mereka, namun cukup sedih dengan berita yang didengar berkenaan pasangan tersebut.

image is not available

Sekadar info, Fattah dan Fazura telah bercerai talak satu kira-kira jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam.

Lafaz talak telah dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh.

Sumber: Instagram abbyabadi_112