Duit pencen KWSP keluar, ramai ‘lapar’ nak pinjam

LocalPersonal Finance
25 Oct 2026 • 9:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Duit pencen KWSP keluar, ramai ‘lapar’ nak pinjam

PETALING JAYA – Pengguna media sosial berkongsi pengalaman apabila ada dalam kalangan ahli keluarga, saudara-mara atau kenalan ibu bapa mereka yang tidak tahu malu mahu meminjam wang selepas mengetahui bakal menerima wang persaraan atau simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selepas bersara.

Menerusi hantaran Thread, orang ramai berkongsi kisah orang tua mereka didatangi individu yang sebelum ini langsung tidak bertanya khabar, tetapi mahu meminjam wang hingga mencecah ribuan ringgit.

Seorang pengguna Thread memuat naik hantaran bahawa ibunya baru bersara, namun didatangi seorang individu mahu meminjam wang sebanyak RM20,000 selain sempat bertanya waktu wang itu akan diterima.

“Mak aku baru pencen, bukannya kau ucapkan ‘tahniah dah pencen’, kau pi cakap nak pinjam dekat mak aku RM20,000. Siap cakap dekat mak aku, duit pencen akan masuk bila. Aku dengan adik-adik aku pun tak ada ye tanya pasal duit mak aku.

“Kau entah siapa-siapa pula menyibuk, kami adik-beradik hari-hari pesan duit pencen guna untuk diri sendiri. Enjoy je duit hasil bekerja berpuluh tahun, tak payah baik hati nak bagi sesiapa pinjam. Kalau bagi juga, aku rotan.

“Masa ni lah muka-muka tak kenal yang berkurun tak tanya khabar, tiba-tiba muncul macam cendawan tanya khabar. Tiba-tiba ambil berat nak datang rumah,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai selain ada yang bercerita, ibu bapa mereka didatangi individu suka meminjam selepas mengetahui mereka mempunyai simpanan persaraan.

“Teringat cerita kawan saya. Mak mentua dia pengarah kat satu syarikat berkaitan kerajaan (GLC). KWSP keluar tak silap hampir dua juta. Banyak habis kat saudara-mara yang datang nak pinjam. Bila KWSP dah susut, nak kekalkan banglo sendiri pun sesak. Bila minta hutang, macam-macam alasan,” komen pengguna Thread lain.

“Ayah mentua saya pernah kena, cikgu pula tu. Tak pernah tanya khabar, tiba-tiba terpacak kat rumah ayah mentua nak pinjam duit. Dia baru pencen seminggu, mujur ayah mentua ni jenis mulut laser (cakap terus terang). Kena setepek,” komen seorang individu.

“Pak cik saya kira berapa pencen ayah saya dapat dekat saya. Saya jawab, duit pencen abah untuk kami je. Orang luar tak payah sibuk. Saja je cakap macam tu sebab orang tu pinjam duit abah tak reti bayar,” komen Fairustarmizi.

“Jangan bagi pinjam. Pengalaman dari keluarga saya, adik arwah ayah datang pinjam duit daripada mak sebaik saja mak pencen. Lepas tu liat nak bayar sampai bermasam muka macam kita yang berhutang dengan dia,” ujar seorang lagi pengguna Thread. – KOSMO! ONLINE

The post Duit pencen KWSP keluar, ramai ‘lapar’ nak pinjam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved