Dr. Akmal terima sumbangan RM45,102, minta orang ramai henti menyumbang

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 6:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dr. Akmal terima sumbangan RM45,102, minta orang ramai henti menyumbang

PETALING JAYA– Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh memohon orang ramai menghentikan sumbangan wang ke akaun bank miliknya selepas menerima hampir RM45,102.18 setakat ini.

Beliau berkata, kebanyakan wang yang diterima bukan bertujuan membeli motosikal jenis Honda X-ADV atau ikan tilapia yang dijualnya, sebaliknya disalurkan orang ramai sebagai sumbangan kepadanya.

Menurutnya, beliau amat menghargai keprihatinan semua pihak, namun mahu berusaha terlebih dahulu dengan menjual aset miliknya bagi menyelesaikan perkara yang dihadapi.

“Saya sejujurnya tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak untuk membantu saya kerana saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Insya-Allah, saya akan tanggung sepenuhnya.

“Saya mohon untuk jangan masukkan lagi duit ke akaun saya agar saya tidak rasa bersalah dengan semua.

“Tidak mengapa, saya tanggung. Saya hanya perlukan doa daripada anda semua sahaja,” katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan terpaksa menarik semula nombor akaun yang dipaparkan dalam hantaran terdahulu bagi mengelakkan orang ramai terus menyalurkan wang kepadanya.

Dalam masa sama, Akmal berkata, individu yang berminat membeli motosikal Honda X-ADV miliknya boleh menghubunginya secara terus bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menunjukkan keprihatinan dan memberikan sokongan kepadanya.-KOSMO! ONLINE

The post Dr. Akmal terima sumbangan RM45,102, minta orang ramai henti menyumbang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved