DUN Kota Kemuning buka permohonan anugerah pelajar cemerlang SPM

7 Apr 2026 • 9:09 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 7 APRIL: Permohonan bagi Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi kawasan DUN Kota Kemuning kini dibuka kepada pelajar yang memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 8A.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning, Preakas Sampunathan memaklumkan inisiatif itu dianjurkan bagi menghargai usaha serta pencapaian pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.

“Kejayaan anda adalah kebanggaan kita bersama. Terus melakar kejayaan demi masa depan yang gemilang," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Selain itu, syarat lain yang ditetapkan ialah kedua-dua ibu bapa pemohon merupakan pengundi di kawasan DUN berkenaan.

Bagi tujuan permohonan, pelajar perlu mengemukakan salinan keputusan SPM serta salinan kad pengenalan pelajar dan ibu bapa.

Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster atau melalui pautan pendaftaran yang disediakan, manakala tarikh tutup permohonan pada 20 April ini.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke Pejabat DUN Kota Kemuning dengan menghubungi talian 011-12575460.

image is not available
Permohonan Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi DUN Kota Kemuning dibuka hingga 20 April. Foto Facebook Preakas Sampunathan