
DUN Sabah Dibubar, SPR Sahkan Terima Writ Rasmi
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam kenyataan hari ini memaklumkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim Haji M. Yahya berhubung DUN Sabah Ke-16 pada 7 Oktober lalu.
Menerusi kenyataan tersebut, SPR menjelaskan bahawa sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 21 Fasal (4) Perlembagaan Negeri Sabah, satu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.
“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Oktober 2025 untuk membincangkan tarikh-tarikh penting dan perkara-perkara lain berkaitan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17,” ujar kenyataan lagi.

The post DUN Sabah Dibubar, SPR Sahkan Terima Writ Rasmi appeared first on Siakap Keli.
