“Dunia Berubah Sekarang..” – Banyak Persaingan, Yoo Jaesuk Akui Bimbang Tentang Masa Depan Sebagai Penghibur

Entertainment
2 May 2024 • 4:57 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sudah bertahun-tahun dalam industri, Yoo Jae-suk pastinya mempunyai kerisauan tentang masa depannya.

Terbaru, ahli IVE telah muncul dalam program Yoo Jae-suk “Pinggyego” di YouTube, di mana mereka ada bercerita tentang pelbagai perkara.

Dalam siaran itu, Ahn Yu-jin bertanya kepada Yoo Jae-suk sekiranya dia mempunyai sebarang kebimbangan. Luah lelaki berusia 51 tahun itu,

Saya juga ada banyak kebimbangan. Dunia berubah begitu cepat sekarang. Semakin awak pergi lebih jauh, ia benar-benar akan jadi lebih sukar.

image is not available

Sambung Yoo Jae-suk,

Saya sangat bimbang tentang apa yang perlu dilakukan dalam dunia yang telah berubah, apa yang akan berlaku kepada kita dalam masa 6 bulan ataupun setahun kerana terdapat lebih banyak kandungan kini.

Selepas mendengar luahan itu, Jang Won-young memujinya dan meyakinkan,

Pertama sekali, awak melakukan kerjaya yang hebat mencipta ‘Pinggyego’ dengan pelbagai kandungan. Jadi tak perlu risau.

Betul tu apa yang Won-young cakap!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.