Ini Bukti Jennie BP ‘Adik’ Paling Disayangi Yoo Jaesuk

Entertainment
25 Apr 2024 • 11:21 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sejak berkenalan dari “Running Man” hingga membawa ke program “Village Survival, The Eight” dan “Apartment 404”, Yoo Jae-suk dan Jennie BLACKPINK mengekalkan hubungan yang akrab sehingga sekarang.

Terbaru, Yoo Jae-suk dilihat telah memuat naik entri khas di media sosial agensinya bagi meraikan hadiah pakej PR jenama Gentle Monster yang terima dari ahli BLACKPINK itu.

Tulisnya ringkas buat entri itu,

Terima kasih Jennie.

Hal ini nyata meraihkan rasa teruja netizen memandangkan Yoo Jae-suk sanggup menggunakan akaun agenisnya, Antenna Music untuk memberikan penghargaan istimewa buat Jennie meskipun dia tidak gemar menggunakan media sosial.

Oleh itu, ramai yang mengakui bahawa Jennie semestinya merupakan antara ‘adik’ yang paling disayangi Yoo Jae-suk sehingga dia sanggup melakukan hal itu.

Comel!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.