“Dunia sekarang sangat menakutkan…” – Ed Sheeran Tahan Sebak, Luah Perasaan Isu Palestin Di Konsert

WorldEntertainment
21 Sep 2026 • 12:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

syaz ft 2026 09 21T115142.748

Penyanyi popular antarabangsa, Ed Sheeran, gagal menahan sebak ketika menyampaikan ucapan emosional di hadapan ribuan peminat pada konsertnya baru-baru ini.

Penyanyi berusia 35 tahun itu dilihat begitu terkesan dan tersentuh dengan sokongan penonton selepas melalui apa yang disifatkannya sebagai “minggu paling buruk” dalam kerjayanya.

Artikel berkaitan: Ed Sheeran Dipaksa Berhenti ‘Busking’ Di India, Polis Tiba-tiba Datang Rampas Mikrofon

Artikel berkaitan: Hilang Pentas Demi Gaza: Bagaimana Macklemore ‘Gegar’ Industri Muzik Amerika Syarikat

Sebelum meneruskan persembahan, Ed Sheeran mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada para penonton, terutamanya ibu bapa yang membawa anak-anak kecil ke konsert tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa beliau terpaksa mengambil sedikit masa di awal konsert untuk bercakap dan menjawab beberapa persoalan yang terbuku di hatinya, sebelum terus menyanyikan lagu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PAL GLOBAL ECHO (@pal.global.echo)

“Saya minta maaf kepada ibu bapa dan keluarga yang membawa anak-anak malam ini sebab saya terpaksa mengambil masa untuk bercakap terlebih dahulu. Tetapi saya rasa saya perlu jelaskan dan jawab beberapa perkara,”luahnya di atas pentas.

Dalam ucapan sama, penyanyi lagu Shape of You itu turut meluahkan pandangannya mengenai situasi global dan persekitaran semasa yang disifatkannya semakin mencabar.

“Dunia sekarang adalah tempat yang sangat menakutkan, dan Amerika juga tempat yang menakutkan ketika ini. Tetapi melihat kehadiran anda semua malam ini memberi saya sedikit harapan,”katanya sambil disorak penyokong di stadium.

Beliau menegaskan bahawa fokus utama siri konsertnya adalah untuk membawa mesej kasih sayang, perpaduan, dan kedamaian.

Kontroversi siri jelajah ini tercetus selepas rapper popular, Macklemore, digugurkan daripada senarai artis jemputan konsert berkenaan berikutan kelantangannya menyuarakan sokongan terhadap Palestin di atas pentas.

Tindakan menggugurkan Macklemore sebelum ini mencetuskan reaksi berantai apabila beberapa artis jemputan lain dan kumpulan pemuzik latar mengambil keputusan menarik diri sebagai tanda solidariti. Malah, perhimpunan dan protes turut diadakan oleh kumpulan penyokong Palestin di luar perkarangan stadium sebelum konsert bermula.

Sumber: Instagram, News

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved