Ebay Tolak Tawaran Pengambil-alihan Oleh GameStop

Business & Finance
12 May 2026 • 11:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ebay Tolak Tawaran Pengambil-alihan Oleh GameStop

Ebay hari ini secara rasminya menolak tawaran pengambil-alihan syarikat berkenaan oleh GameStop pada nilai $56 bilion. Ebay mengatakan tawaran yang diberikan oleh GameStop adalah tidak menarik dan tidak boleh dipercayai.

Salah satu sebab yang diberikan adalah nilai pasaran GameStop yang jauh lebih rendah, sementara eBay mempunyai nilai pasaran 4 kali ganda daripadanya. Ebay mengatakan mereka percaya dengan syarikat mereka dibawah pengurusan sedia ada dalam terus memacu ia ke hadapan.

Sebelum ini, pada minggu lepas, GameStop secara mengejut membuat tawaran pengambil-alihan Ebay, dimana dengan mengabungkan kedua-dua syarikat, ia disasarkan boleh membentuk syarikat edagang yang lebih besar dan mencabar syarikat-syarikat lain dalam arena edagang.