Ebola sukar dikawal, korban melonjak lebih 2,500

Health & Fitness
22 Aug 2026 • 4:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ebola sukar dikawal, korban melonjak lebih 2,500

GENEVA – Wabak Ebola yang melanda Republik Demokratik Congo(DRC)  berkembang ‘secara eksponen’ atau berganda,  dengan lebih 2,500 kematian direkodkan, manakala  separuh daripadanya berlaku dalam tempoh 20 hari lalu, kata seorang penyelaras kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai penyakit itu semalam.

Wabak Ebola kali ini adalah yang terbesar dalam sejarah DRC dan merebak lebih cepat berbanding mana-mana penularan virus maut itu sebelum ini.

Menurut angka terbaru, virus Ebola ‘berkembang secara eksponen,’  kata penyelaras kanan PBB, Julien Harneis kepada pemberita di Geneva dari Bunia, yang merupakan pusat penularan Ebola di DRC.

Menurutnya,  dalam tempoh tiga bulan lalu,  lebih 2,500 orang meninggal dunia dan separuh daripada kematian itu berlaku dalam tempoh 20 hari terakhir.

“Epidemik ini merebak secara meluas. Ia meliputi kawasan lebih besar daripada Perancis dan menular lebih cepat serta lebih luas berbanding langkah untuk mengawalnya,” kata Harneis.

Wabak Ebola ke-17 di DRC  itu  dipercayai merebak selama beberapa minggu sebelum ia diisytiharkan secara rasmi pada 15 Mei lalu. – AFP 

 

The post Ebola sukar dikawal, korban melonjak lebih 2,500 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved