Edutourism KPT – Pendaftaran IPT Pakej Pelancongan & Pendidikan

8 Sep 2026 • 11:47 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempelawa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia yang memenuhi syarat ditetapkan untuk mengemukakan permohonan pendaftaran pakej baharu Edutourism yang boleh dipohon menerusi pautan https://sites.google.com/…/edutour…/pendaftaran-pakej….

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai program ini.

Image from: Edutourism KPT – Pendaftaran IPT Pakej Pelancongan & Pendidikan

Mengenai Edutourism KPT

Program Edutourism oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merupakan inisiatif strategik yang mengintegrasikan pendidikan dan pelancongan untuk mempromosikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia sebagai destinasi pembelajaran bertaraf dunia.

Melalui program ini, pelajar antarabangsa dan tempatan berpeluang untuk merasai pendidikan holistik melalui aktiviti akademik, budaya, komuniti dan alam sekitar yang unik di Malaysia.

Program ini juga menyokong pengantarabangsaan pendidikan tinggi dan memperkukuh diplomasi pendidikan sebagai medium pertukaran ilmu, pemahaman budaya dan rangkaian global.

Tujuan Utama

Tujuan utama program ini diperkenalkan adalah untuk:

  • Untuk mempromosikan IPTA Malaysia sebagai pusat pelancongan dan aktiviti pendidikan;
  • Untuk meningkatkan bilangan pendaftaran pelajar antarabangsa di Malaysia;
  • Untuk membangunkan rangkaian peribadi dan sosiobudaya antara peserta antarabangsa dan pelajar tempatan; dan
  • Untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui aktiviti rantaian nilai dan industri sokongan berkaitan.

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka 7 September 2026 sehingga 18 September 2026.

Pakej Edutourism

Pakej yang boleh dilaksanakan menerusi program ini adalah seperti di bawah:

3. Senarai Definisi Kategori EdutourismDownload

    Syarat Kelayakan

    Syarat kelayakan untuk IPT yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:

    1- Universiti Awam (UA)

    • SEMUA 20 Universiti Awam di Malaysia adalah LAYAK.

    2- Politeknik dan Kolej Komuniti

    • Mempunyai kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang masih sah.

    3- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

    • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta berstatus universiti termasuk kampus cawangan luar negeri/kolej universiti/kolej yang memiliki perakuan pendaftaran institusi yang sah dan aktif.
    • Mempunyai kelulusan pengambilan pelajar antarabangsa daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang masih sah dan aktif.
    • Mempunyai penarafan kualiti SETARA atau 3 MyQuest dengan tahap pencapaian “BERDAYA SAING” -PAKEJ JANGKA PANJANG SAHAJA.
    Image from: Edutourism KPT – Pendaftaran IPT Pakej Pelancongan & Pendidikan

    Cara Memohon

    IPT yang berminat boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang permohonan di https://sites.google.com/…/edutour…/pendaftaran-pakej…

    Senarai Semak Dokumen

    IPT yang membuat permohonan perlu memastikan dokumen-dokumen tersebut disediakan untuk dihantar:

    1- Universiti Awam

    • Borang Permohonan Pendaftaran Pakej Edutourism (BORANG EDU.1) yang lengkap.
    • Fail Perincian Pakej (Fail Excel).
    • Salinan Dokumen Penarafan Kualiti SETARA/MyQUEST *bagi pakej yang melebihi tempoh 3 bulan.
    • Kertas Cadangan Pakej *sekiranya perlu.

    2- POLYCC & IPTS

    • Borang Permohonan Pendaftaran Pakej Edutourism (BORANG EDU.1) yang lengkap.
    • Fail Perincian Pakej (Fail Excel).
    • Salinan Dokumen Penarafan Kualiti SETARA/MyQUEST *bagi pakej yang melebihi tempoh 3 bulan.
    • Kertas Cadangan Pakej *sekiranya perlu.
    • Salinan lesen pengambilan pelajar antarabangsa yang masih sah dan aktif (dikeluarkan oleh KDN).
    • Salinan perakuan pendaftaran institusi yang masih sah dan aktif.
    Image from: Edutourism KPT – Pendaftaran IPT Pakej Pelancongan & Pendidikan

    Soalan Lazim

    Apakah yang dimaksudkan dengan Program Edutourism KPT?

    Program Edutourism oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah inisiatif strategik yang mengintegrasikan pendidikan dan pelancongan untuk mempromosikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia sebagai destinasi pembelajaran bertaraf dunia.

    Apakah tujuan program ini diwujudkan?

    – Untuk mempromosikan IPTA Malaysia sebagai pusat pelancongan dan aktiviti pendidikan;
    – Untuk meningkatkan bilangan pendaftaran pelajar antarabangsa di Malaysia;
    – Untuk membangunkan rangkaian peribadi dan sosiobudaya antara peserta antarabangsa dan pelajar tempatan; dan
    – Untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui aktiviti rantaian nilai dan industri sokongan berkaitan.

    Bilakah tarikh permohonan program ini dibuka?

    Tarikh permohonan dibuka mulai 7 September 2026 sehingga 18 September 2026.

    Adakah Universiti Awam di Malaysia layak memohon program ini?

    Ya. Semua 20 Universiti Awam di Malaysia adalah layak memohon.

    Bagaimanakah pihak IPT boleh mendapatkan borang permohonan?

    Borang permohonan dapat diperoleh menerusi borang permohonan di pautan https://sites.google.com/…/edutour…/pendaftaran-pakej…

    Pertanyaan Lanjut

    Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Sekretariat Program Edutourism melalui:

    • Emel: myedutourism@mohe.gov.my
    • Tel: 03-8870 4969 / 6611 / 6634

    Sekretariat Program Edutourism
    Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Tinggi

    Baca juga: e-Profiling GReaT KPT – Ujian Personaliti & Padanan Kerjaya

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved